Saturday, October 12, 2013

Singapura: Hari Terakhir

Posted at  Saturday, October 12, 2013  |  in  Travelog

Hari terakhir di Singapura dimulakan dengan menghadiri Applied Assurance of Learning Seminar anjuran AACSB. Ini adalah seminar terakhir dalam siri seminar yang dihadiri di Singapura. Kandungan seminar hampir sama seperti Assurance of Learning Seminar yang dihadiri ketika berada di hari keempat dan kelima di Singapura. Pendapat peribadi saya, Applied Assurance of Learning Seminar sesuai sebagai 'refresher course' untuk Assurance of Learning. 






Dalam seminar ini, ada tiga orang peserta dari Universiti Utara Malaysia terdiri daripada dua orang pensyarah dan seorang penolong pendaftar. Seminar dimulakan dengan diskusi tentang isu-isu menekan bagi sekolah-sekolah bisnes dalam perlaksanaan Assurance of Learning. Banyak masa kami di dalam seminar dihabiskan dengan penumpuan terhadapa pembinaan programme Learning Goals (LG) dan rubrics yang baik, mengikut ciri-ciri yang digariskan oleh AACSB. Di akhir seminar kami terus berkongsi dan berdiskusi tentang isu-isu perlaksanaan Assurance of Learning.



Jam 5 petang, seminar berakhir dan saya mengucapkan selamat tinggal kepada fasilitator dan peserta seminar lain. Selepas solat Asar, aku bersama teman sekerja mendapatkan teksi untuk ke lapangan terbang. Dalam 6.20 petang, kami dapat menaiki teksi yang seperti teksi buruk, tapi bila dinaiki masih selesa. Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, pemandu teksi berbangsa Cina Singapura, umurnya dalam 50-an tidak lokek berkongsi cerita. Banyak input tentang Singapura kami perolehi dari beliau antaranya tentang tempat-tempat menarik, bisnes perjudian dan pelacuran, bangsa asing, tekanan ekonomi, masalah harga rumah dan tanah, biaya perubatan dan lain-lain lagi. Lebih kurang jam 7.15 malam kami sampai di Lapangan Terbang Changi. Tambang yang dikenakan SGD26.20, agak mahal berbanding tambang sebelumnya dengan menaiki teksi Hyundai Sonata dari lapangan terbang ke hotel hanya SGD20.20. 



Sampai di Lapangan Terbang Changi, kami terus ingin mendaftar masuk tapi kaunter masih belum buka sehinggalah jam 7.45 malam barulah kaunter daftar masuk Firefly buka. Kami singgah makan nasi lemak di satu restoran Indonesia. Tak sempat saya nak ambil gambar kerana kelam kabut ingin ke balai pelepasan. Lebih kurang jam 8.40 kami masuk ke balai pelepasan, namun kapal terbang yang ditunggu tak kunjung tiba. Keadaan ini berlaku disebabkan kapal terbang kekurangan minyak untuk pulang ke Subang. Lalu kapal terbang perlu menunggu giliran untuk mengisi minyak. Jam 11 malam baru kami dapat menaiki kapal terbang dan sampai di Subang lebih kurang jam 12.15 pagi. 


Anak-anak dan isteri kepenatan menunggu dari jam 10 malam. Jam 1.30 pagi baru kami sampai di rumah. Selamat tinggal Singapura!

Share this post

About Mohd Shafawi Sarbini

Penulis tetap blog ini. Pernah bercita-cita jadi penulis hebat. Jom follow Google+

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top