Saidina Abu Bakar As – Siddiq r.a telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a yang bermaksud “ Tiga Golongan Yang Tidak Masuk Syurga ” iaitu :
1. Golongan Yang Suka Menipu
2. Golongan Yang Bakhil
3. Golongan Yang Suka Mengungkit – Ungkit ( Pemberiannya )
Golongan yang pertama ialah golongan orang yang suka menipu. Menipu adalah perbuatan yang keji yang sangat dibenci oleh manusia dan Islam, kerana perbuatan tersebut mengguris hati seseorang yang telah memberikan kepercayaan kepadanya. Akibat daripada perbuatan itu ia boleh menyebabkan orang lain yang jujur akan teraniaya dan menyebabkan orang yang jujur itu mungkin tidak akan dipercayai oleh orang yang menjadi mangsa penipuan itu.
Akibat daripada perbuatan menipu itu menyebabkan ajaran islam yang menggalakkan supaya saling bantu membantu dengan jalan memberi hutang itu telah tidak dilaksanakan, ini kerana kesan buruk dari sifat penipu itu. Sukarlah orang hendak memberi hutang kerana dia takut kena tipu, akibatnya ramai orang berharta akan menjadi bakhil. Sebab itu islam menganjurkan supaya setiap urusan hutang piutang atau pinjam meminjam mestilah diadakan perjanjian bertulis dengan dua orang saksi atau dengan mengambil cagaran bagi memastikan bahawa kepentingan orang yang memberi hutang itu terjamin dan terhindar dari penipuan.
Golongan yang kedua ialah golongan bakhil. Sesungguhnya harta milik seseorang itu pada hakikatnya adalah amanah Allah SWT kepada seseorang, mereka tidak boleh bersikap bakhil kerana harta itu bukan miliknya secara mutlak. Islam telah menetapkan golongan yang berhak menerima habuan dari harta milik seseorang khususnya dalam persoalan sedekah wajib iaitu zakat. Terdapat lapan asnaf yang berhak menerimanya sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah dalam Surah At Taubah Ayat 60 maksudnya :
“ Sedekah (zakat) itu hanya untuk orang2 fakir, orang miskin, pengurus zakat, orang muallaf, untuk membebaskan hamba (tawanan), orang yang berhutang, untuk jalan allah ( fisabilillah ) dan orang yang dalam perjalanan. Suatu perintah dari Allah Dan Allah Itu Maha Mengetahui Lagi Bijaksana ”
Sifat bakhil dipandang keji oleh Islam kerana orang tersebut cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan oleh Allah SWT, kerana ada kalanya Allah SWT memberikan rezeki kepada seseorang melalui saku orang lain, tetapi orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil, maka tersekatlah rezeki orang itu.
Golongan yang ketiga pula ialah yang suka mengungkit-ungkit segala kebaikan atau pemberian yang lalu. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Hai orang yang beriman, janganlah kamu membatalkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima ) seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana Riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat ” Surah Al Baqarah Ayat 264
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya, perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan juga orang yang diungkitnya. Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah, tetapi juga berdosa kerana menyakiti hati orang lain, sesungguhnya ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya.

1 comments:
Post a Comment