Wednesday, October 09, 2013

Singapura: Hari Keempat

Posted at  Wednesday, October 09, 2013  |  in  Travelog

Hari keempat di Singapura. Aku terperap di hotel hari ini. Malas keluar ke tempat-tempat yang membuatkan kepala aku makin pening. Bos dari hari pertama asyik SMS dan email, nak berseminar pun kurang tenang. Fokus! Fokus! Fokus!

AACSB Assurance of Learning Seminar bermula jam 8.30 pagi. Ini adalah siri kedua dalam siri seminar yang dianjurkan AACSB pada kali ini. Peserta lebih ramai berbanding seminar sebelum ini dan hampir 90% peserta adalah dari Taiwan dan China. Peserta lain adalah minoriti; Malaysia, Japan, Korea, Singapura, Perancis, Arab Saudi, Filipina dan Indonesia.

Seminar ini membincangkan proses Assurance of Learning (AoL) dalam konteks AACSB. Dalam konteks Malaysia ianya lebih dikenali sebagai Outcome Based Education (OBE). Istilah OBE adalah tidak asing bagi peringkat pengajian tinggi di Malaysia kerana jaminan kualiti program yang ditawarkan di institusi pengajigan tinggi wajib untuk melaksanakan proses ini.

Seminar bermula dengan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi institusi pengajian tinggi dalam usaha melaksanakan proses AoL. Terdapat lebih dari 20 isu yang disenaraikan sebagai isu yang menekan institusi pengajian tinggi dalam perlaksanaan AoL. Hari pertama tamat dengan perbincangan tentang Learning Goals (LG).

Seusai seminar pada jam 4, aku terus ke bilik, mandi, solat, makan buah pisang dan nenas, makan mi segera dan menghadap komputer dari beberapa jam lepas hingga ke saat ini. Menunggu dua hari lagi sebelum pulang ke Malaysia. Di sini aku rindukan laungan azan, masjid dan solat berjemaah. Terasa hati akan mati kalau berterusan begini tanpa laungan takbir bergema. Lalu aku menyelusuri laman http://www.haramain.info , melihat keindahan solat di Haramain dan mendengar syahdu dan merdu laungan azan dari tanah suci. Allahuakbar!

Kandungan Seminar Assurance of Learning

Jadual 2 hari

Fasilitator Arun dan Eileen

Bilik Penang 1

Share this post

About Mohd Shafawi Sarbini

Penulis tetap blog ini. Pernah bercita-cita jadi penulis hebat. Jom follow Google+

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top