Hari kelima di Singapura. Aku terus berseminar dari jam 8.30 hingga jam 2.30 petang. Seminar diteruskan dengan perbincangan tentang kriteria-kriteria membina Learning Goals dan Rubrics. Selebihnya perbincangan berlegar sekitar tip-tip melaksanakan Assurance of Learning di institusi pengajian tinggi.
Sekitar jam 4.30 petang, selepas menunaikan solat Asar, aku menuju ke Orchard Road. Destinasinya adalah pusat membeli belah Takashimaya. Menurut seorang kawan, ada jualan murah sedang berlangsung. 15 minit berjalan kaki, aku sampai di sana. Banyak jualan murah baju, beg tangan, kasut dan baju kanak-kanak. Harga runtuh yang paling menarik perhatian dan lebih murah berbanding Malaysia adalah kasut. Kasut-kasut seperti Timberland, Geox, Ecco, Rockport, Clarks dan Lacoste semuanya lebih murah 50-60% berbanding harga di Malaysia. Jika di Malaysia harga kasut-kasut tersebut mencecah RM500-600. Tapi aku sekadar tengok saja. Hasilnya cuma baju-baju murah untuk anak dan isteri. Harganya berpatutan, kalau di Malaysia tak dapat harga tersebut.
Aku pulang ke hotel kebasahan kerana hujan yang lebat melanda Singapura. Hari terakhir di Singapura esok sebelum pulang ke Malaysia pada malamnya. InsyaAllah.
 |
Sesi penutup |
 |
Bersama Professor Arthur dari National Yunlin University, Taiwan |
 |
Sijil |
 |
Isetan, Orchard Road |
 |
Takashimaya, Orchard Road |
 |
Di hadapan Shaw Brothers. Hujan turun mencurah-curah. |
 |
Hujan lebat di Singapura |
0 comments:
Post a Comment