• Featured

    Bekalan Makan Malam Semasa di Singapura

  • Featured

    Menu Malam Kedua di Singapura

  • Articles

    iPhone 6 Will Look Like

  • Articles

    Solar Powered UAVs To Replace Satellites

  • Sunday, September 13, 2009

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (7/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    0 comments:

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (6/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    0 comments:

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (5/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    0 comments:

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (4/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    0 comments:

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (3/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    0 comments:

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (2/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    2 comments:

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (1/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    0 comments:

    Friday, September 11, 2009

    Sekarang kita berada di-10 hari terakhir di bulan Ramadhan 1430H. Puasa tahun ini sedikit berbeza bila kini aku sudah bergelar bapa. Namun hari-hari Ramadhan yang berlalu dilalui sendirian memandangkan isteri yang berpantang di kampung mertua. Rindu pada anak memang tidak terkata.

    Setiap minggu aku pulang ke kampung mertua untuk melawat isteri dan anak. Dan setiap minggu adalah suatu perjalanan yang jauh bagi aku. Memandu ke sana ke mari, letih tidak terkata. Duit gaji bulan ini langsung aku tak simpan. Semua aku belanjakan untuk membeli beberapa keperluan isteri dan anak. Selebihnya untuk aku makan, duit minyak dan tol.

    Beberapa minggu ini, aku ada berfikir untuk berubah kepada bisnes model yang lain dalam perniagaan aku. Sebenarnya tak berubah apa pun, cuma tukar teknik lain sikit. Supplier yang aku gunakan benar-benar mengecewakan kerana banyak barang yang tak sampai pada customer. Jadi aku buat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perniagaan dengan supplier tersebut.

    Jadi raya ini memang tak ada duit lebih sikit berbanding bulan-bulan sebelum ini di mana aku perniagaan aku ada untung sikit. Pekerjaan sekarang memang tidak memberi aku erti kepuasan sebenar. Tiada kepuasan berkerja. Itu yang aku alami sekarang. Itu yang membuat aku selalu longlai. Bagi aku tak salah untuk meneroka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan yang baru. Bagi aku itu adalah penerokaan diri. Memuhasabah diri. Lebih-lebih lagi di bulan penuh rahmat ini, aku berusaha membawa diri aku berfikir dan menilai diri. Aku berfikir untuk membawa diri dan keluarga ke suatu tahap yang lebih baik.

    Minggu ini aku balik ke kampung emak. Nak lihat apa-apa persiapan Aidilfitri yang diperlukan. InsyaAllah aku cuba memenuhi hajatnya. Apakah aku masih seorang yang pentingkan diri sendiri? Adakah aku insan yang tidak pernah berkorban untuk orang lain? Sampai di sini dulu nukilan kali ini.

    Balik Parit Selikur

    Posted at  Friday, September 11, 2009  |  in  Diari Kehidupan  |  Read More»

    1 comments:

    Thursday, September 10, 2009

    "Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

    "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

    Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

    SILAP ISTERI

    Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara.
    Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

    Wahai kaum wanita, aku lihat
    kamu ini lebih banyak di neraka".

    Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
    demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

    Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu

    yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

    1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
    2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

    Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
    Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

    YANG LEBIH, YANG KURANG

    " Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

    " Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

    " Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

    ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

    " Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

    Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri.
    Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

    Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

    Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

    Suatu Perjalanan

    Posted at  Thursday, September 10, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Monday, September 07, 2009

    Cuti tiga hari ini adalah masa-masa terbaik untuk berehat sebenarnya. Namun masa cuti kadangkala adalah masa paling penat dan menyeronokkan. Anak aku sekarang dah kurang meraung di waktu malam, tapi payah pula nak tidurkan.

    Selain penat puasa, penat juga membawa isteri aku keluar jalan-jalan. Maklumlah perempuan ni kalau nak raya. Heheh! Setiap hari aku keluar ke pekan, beli la barang-barang yang patut. Hujung minggu ini aku tak balik ke Kedah tapi balik ke Parit Selikur. Niat nak tengok-tengok persiapan raya mak aku. Isteri aku pun dah kirimkan kuih pada mak aku. Aku pun dah beli juga kuih sikit.

    Lagi satu penat drive kereta ke sana ke mari. Tiap-tiap minggu sentiasa buat marathon. Last year marathon everyweek naik bus Plusliner. This year naik kereta pula. Hohoho! Tapi tak apa. Anggap semua tu menyeronokkan. Aku suka travelling tapi aku tak suka kesesakan.

    Nak tidur hilangkan penat sikit.

    Penat yang tidak hilang

    Posted at  Monday, September 07, 2009  |  in  Travelog  |  Read More»

    Friday, September 04, 2009

    Isnin depan 7 September 2009 cuti lagi. Cuti Nuzul Quran bagi negeri Perak. Lepas balik kampung emak last week. Minggu ni baru nak balik Kedah balik. Rindu sangat pada anak. Tak sabar nak tahu bagaimana perkembangan dia. Lepas kerja jam 4.30pm, terus cabut. Dua minggu lepas hari Jumaat sebelum 1 Ramadhan aku bertolak jam 5.00pm, sampai tol Juru jam 7.00pm. Tapi lepas tol Juru sangkut dengan traffic jam sampai la Permatang Pauh. Lebih kurang jam 9.00pm baru sampai.

    Ini gambar anak aku yang dah berusia 35 hari.

    Cuti Tiga Hari

    Posted at  Friday, September 04, 2009  |  in  My Family  |  Read More»

    Isnin depan 7 September 2009 cuti lagi. Cuti Nuzul Quran bagi negeri Perak. Lepas balik kampung emak last week. Minggu ni baru nak balik Kedah balik. Rindu sangat pada anak. Tak sabar nak tahu bagaimana perkembangan dia. Lepas kerja jam 4.30pm, terus cabut. Dua minggu lepas hari Jumaat sebelum 1 Ramadhan aku bertolak jam 5.00pm, sampai tol Juru jam 7.00pm. Tapi lepas tol Juru sangkut dengan traffic jam sampai la Permatang Pauh. Lebih kurang jam 9.00pm baru sampai.

    Ini gambar anak aku yang dah berusia 35 hari.

    0 comments:

    Thursday, September 03, 2009

    Dalam beberapa hari ini setelah kecewa dengan customer-customer memberi feedback negative di eBay, aku mula memikirkan langkah-langkah seterusnya untuk berniaga. Bukan aku nak tinggalkan eBay. Cuma aku nak memuhasabah diri aku dengan berhenti eBay sekejap. Aku cuti kejap untuk melihat kembali matlamat hidup aku.

    So dua tiga hari ni kurang jadi kerja-kerja di ofis. Asyik teringat eBay, teringat blog-blog aku, teringat affiliate marketing dan lain-lain program. Tak habis kalau nak surf seharian di Internet. Memang hilang la fokus aku untuk meneruskan perniagaan. Jadi tercalar sedikit impian aku untuk menjadi seorang entrepreneur yang berjaya. Dalam fikiran aku sentiasa terfikir, "Macam mana nak buat?", "How to increase my income", "What I am gonna do?", "How to pay my debt?" dan macam-macam lagi persoalan hingga hari demi hari rambut aku banyak yang bertukar jadi putih. Anak sedara aku cakap, "Pak Su banyak sangat berfikir". Nak hidup kena fikir nak survive.

    Dalam beberapa minggu ni juga aku singgah di forum-forum tempatan. Bertanyakan kalau ada sapa-sapa yang sudi jadi mentor aku. Kalau tak jadi mentor pun, cukuplah yang boleh ajar aku teknik-teknik research ke. Nampaknya tiada respond hambar belaka.

    Kelmarin pula ada aku beli satu product antarabangsa dengan harga $9.00. Aku bayar aje terus guna Paypal. Product tersebut adalah dari affiliate marketer Singapore, Ewen Chia. Punya la desperate tu.

    Aku akan terus belajar untuk menjadi seorang Internet Marketer yang berjaya. Itu matlamat aku. I will survive.

    Pening Pening!!!

    Posted at  Thursday, September 03, 2009  |  in  Sembang Bisnes  |  Read More»

    About-Privacy Policy-Contact us
    Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
    Proudly Powered by Blogger.
    back to top