Berdasarkan keupayaan manusia menggunakan akal dan ilmu pengetahuannya, mampu menjadikan dirinya kaya raya, maka Rasulullah s.a.w merasa optimis tentang masa depan umatnya. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah pengaruh kekayaan itu terhadap diri manusia.
Ramai orang mampu menghadapi kemelesetan hidup tetapi tidak kurang juga tergoda dengan kesenangan dan kemewahan hidup, terjerumus kepada kufur nikmat. Malah tidak kurang juga yang menjadi hamba dunia, asyik menghimpunkan harta kekayaan tanpa menginfaqkan kepada perkara-perkara yang menuju akhirat
Sewaktu mereka menghimpunkan harta dengan penuh kecintaan sehingga dia lupa bahawa semua kekayaan yang ada itu tidak membebaskan dirinya dari kemiskinan amal kebajikan yang sepatutnya dapat dilakukan dengan harta yang banyak itu.
Banyak contoh tentang manusia dahulu yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah. Para penghimpun harta seperti Qarun dan Sa’labah yang akhirnya mati dalam laknat Allah, bersusah payah mereka manghimpun harta, sedangkan harta itu tidak dapat menyelamatkannya daripada bahaya api neraka.
Dua tokoh itu adalah contoh manusia yang hatinya terlalu cinta dunia serta bakhil untuk berbuat kebajikan dengan harta yang dimiliki. Golongan bakhil ini akhirnya semakin jauh dari Rahmat Allah.
Seorang sahabat bernama Abu Zar Al-Ghiffari meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah melihat Abu Zar masuk kedalam masjid, tiba – tiba Rasulullah bersabda “ sesungguhnya amat rugilah orang itu ”. perkataan itu diulang-ulang beberapa kali. Lalu abu zar pun bertanya siapakah orang yang rugi itu? ”
Lalu Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa orang yang rugi itu ialah orang yang bersusah payah mengumpulkan harta tetapi tidak membelanjakan pada jalan Allah. Mereka rugi kerana walaupun dia banyak harta tetapi miskin dengan amal kebajikan.
Apakah ertinya harta yang terkumpul itu, apabila orang yang kaya itu mati maka hartanya dimiliki oleh waris-warisnya, dia dimasukkan kedalam kubur dalam keadaan miskin, kerana hartanya yang banyak tidak pernah diinfaqkan dan tidak pernah bersedekah atau menderma. Kalau adapun hanyalah untuk siaran akhbar atau TV bagi mendapatkan publisiti.
Roh seseorang yang berada di alam barzakh juga mempunyai keperluan yang dapat dipenuhi dengan pahala ganjaran dari segala amal dan juga derma atau sedekah jariah. Tetapi sayangnya seorang yang bakhil, sikapnya itu membuat dia miskin walaupun semasa dia mati meninggalkan wang berjuta.
Harta yang banyak itu tidak berfaedah buat dirinya sekiranya samasa hayatnya dia tidak menyediakan bekalan dengan mengirimkan terlebih dahulu melalui kemurahan hatinya menolong orang yang memerlukan membatu fakir miskin dan menyerahkan hartanya itu untuk tujuan menegakkan agama Allah.
Sesungguhnya Allah telah menciptakan dua malikat yang tugasnya setiap hari berdoa untuk orang pemurah dan orang bakhil, seperti yang disebabdakan oleh Rasulullah s.a.w malaikat itu memohon kepada Allah dengan doanya bermaksud :
“ Ya Allah, aku bermohon kepada-mu agar engkau gantikan harta orang yang telah bersedekah semata-mata keranamu. Ya Allah binasakanlah jalan-jalan mereka yang bakhil akan hartanya ”
Oleh yang demikian kita dapati orang yang suka menderma atau membelanjakan hartanya kepada jalan Allah tidak menjadikan mereka papa kedana, malah merasa bahagia dengan sikap pemurahnya itu. Sebaliknya orang yang bakhil itu walaupun dia kaya, tetapi hatinya tidak merasa puas, sikap tamaknya itu menjadikan dirinya seperti orang yang makan tetapi tidak pernah kenyang.
Friday, October 10, 2008
Homepage
» Tazkirah Jumaat : Orang Bakhil Golongan Yang Rugi
Tazkirah Jumaat : Orang Bakhil Golongan Yang Rugi
Posted at Friday, October 10, 2008 | in Faith
Share this post
Related Posts

Penulis tetap blog ini. Pernah bercita-cita jadi penulis hebat. Jom follow Google+
Popular Posts
Our Sponsors
Recent Articles
Labels
- Faith (25)
- Lyrics (16)
- Favourite Songs (15)
- Tazkirah (11)
- Current Affair (10)
- Time Capsule (9)
- Favorite Recitation (7)
- Galeri (7)
- Travelog (7)
- Business Opportunity (2)
- Motivation (2)
- Petua (2)
- Puitis (2)
- Sembang Bisnes (2)
- Sheikh Profile (2)
- Amazing Recitation (1)
- Diari Kehidupan (1)
- Economic downturn (1)
- Favorite Movie (1)
- Guidelines (1)
- Haramain (1)
- Health (1)
- KLCI (1)
- My Family (1)
- Pilihanraya Kecil (1)
2 comments:
hello! can i ask for help? i notice that your pic worked in yur header image. i tried to resize the photos but it wont work. can you help me? where didi you resize you pic?
hi there! i'm using 220x240. it works fine
Post a Comment