• Featured

    Bekalan Makan Malam Semasa di Singapura

  • Featured

    Menu Malam Kedua di Singapura

  • Articles

    iPhone 6 Will Look Like

  • Articles

    Solar Powered UAVs To Replace Satellites

  • Friday, December 26, 2008

    MasyaAllah!!! Beautiful recitation. He is Mukmin Mubarok from Indonesia.

    Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2008

    Posted at  Friday, December 26, 2008  |  in  Favorite Recitation  |  Read More»

    MasyaAllah!!! Beautiful recitation. He is Mukmin Mubarok from Indonesia.

    0 comments:

    Tuesday, December 23, 2008

    Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

    Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia

    Hikmah Diam
    • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
    • Perhiasan tanpa berhias
    • Benteng tanpa pagar
    • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
    • Menutupi segala aib
    Hadis Rasulullah mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud:
    • ” Barangsiapa yang banyak perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya ” ( Riwayat Abu Naim )
    • ” Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam. ” ( Riwayat Bukhari & Muslim )
    • ” Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya ” ( Riwayat At Tarmizi )
    Madah dari Hukama:
    • Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
    • Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah adalah memikirkan kesalahan orang.
    • Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri
    Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Sekiranya kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik jalan yang terbaik adalah diam. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia

    "Be The Best Of Muslim"

    Diam

    Posted at  Tuesday, December 23, 2008  |  in  Petua  |  Read More»

    Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

    "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

    Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

    1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
    2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

    Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
    1. Banyak beristighfar
    2. Banyak bersedekah.

    KETERANGAN:
    Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

    Contoh 1
    Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

    Contoh 2
    Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis."
    Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

    Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
    maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
    (Terjemahan langsung dari Arab).

    [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

    Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
    menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

    FADHILAT BERISTIGHFAR:

    a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).."
    Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
    amalan-amalan harian kita.

    b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

    c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

    1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
    dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

    Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

    2. Memberi salam.

    3. Memaniskan wajah.

    Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

    Arab yang berbunyi :
    "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
    maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..

    "SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

    2 Tabiat Yang Membawa Ke Neraka

    Posted at  Tuesday, December 23, 2008  |  in  Faith  |  Read More»

    Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

    Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

    Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

    Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

    1. Doa yang berterusan.

    2. Patuh ajaran agama.

    3. Murah dengan pujian.

    4. Murah dengan khidmat.

    5. Murah dengan belaian kasih sayang.

    6. Murah dengan sentuhan.

    7. Mencari kebaikan pasangan.

    8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

    9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

    10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

    11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

    12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

    13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

    14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

    15. Tolak-ansur.

    16. Menghormati dan mengambil kira `gerak batin' (intuition) perempuan.

    17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

    18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

    19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

    20. Sanggup berkorban buat pasangan.

    21. Menghormati pasangan.

    22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

    23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

    24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

    25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

    26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

    27. Meletakkan hak kepada pasangan.

    28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

    29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

    30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

    31. Mencari penyelesaian dalam situasi `menang-menang' .

    32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

    33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

    34. Memahami peranan `pasangan'.

    35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

    36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

    37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

    38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

    39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

    40. Sebut `I love you' sepanjang masa.

    41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

    42. Sentiasa berterus terang.

    43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

    44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

    45. Elakkan salah pasangan.

    46. Cari titik pertemuan.

    47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

    48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

    49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

    50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

    51. Seimbangkan hubungan dari segi:
    (a) Mental, pendidikan dan ilmu
    (b) Emosi
    (c) Fizikal dan ekonomi
    (d) Sosial
    (e) Spiritual

    52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

    53. Tidak terlalu mengongkong.

    54. Tidak bertindak bersendirian.

    55. Memberi peluang untuk berbeza:
    (a) Pendapat atau pandangan
    (b) Hobi
    (c) Kegemaran
    (d) Makanan
    (e) Cita rasa
    (f) Warna pilihan dan pelbagai

    56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

    57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

    58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

    59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

    60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

    61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

    62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

    63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

    63 Petua Bahagia

    Wednesday, December 10, 2008

    Airmata Seorang Nabi…. Kerana Umatnya

    Detik - Detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

    Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan Khutbah.

    “ Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada Nya.” Kuwariskan 2 perkara buat kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menhela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

    ” Rasulullah akan meninggalkan kita semua ” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam, ” bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkan masuk. ” Maafkanlah, ayahku sedang demam, ”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

    ”Siapakah itu wahai anakku?”

    ”tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. ” ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah

    Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

    ”Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

    ”pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril

    Tetapi itu tidak ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. ” Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

    ” Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

    ” Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku. ” Kuharamkan Syurga bagi siapa saja, Kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, Kata Jibril

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditari. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

    ” Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

    ” siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. Ya Allah dashat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. ” Uushikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

    ” Ummatii, ummatii, ummatii ” – ” Umatku, umatku, umatku ”

    Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini mampukah kita mencintai sepertinya? Allahhumma soliala muhammad waala alihi muhammad. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya. Betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

    Kasihnya Rasulullah Kepada Umatnya

    Posted at  Wednesday, December 10, 2008  |  in  Faith  |  Read More»

    Tuesday, December 09, 2008

    Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .

    Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.

    Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

    Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu “

    Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.

    Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan. Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.

    Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan kadangkala tidak masuk dek akal. Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban. Ini bukan cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.

    Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan. Jawapannya mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri. Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku. Hal-hal kecil dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak menguasai diri kita.

    Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka. Misalnya seorang suami merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur berdengkur. Hampir setiap malam tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut dan hidung isterinya. Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit disebabkan hal yang begitu remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang berbunyi :

    “Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya” ( Muslim ).

    Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap, fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si isteri padanya. Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya, masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda. Dia basuh pakaian anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas rumah setiap hari walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan si dia untuk anda. Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk melihat perkara yang lebih besar. Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya. Lemahkah Umar? Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang takutkannya, malah syaitan juga melarikan diri bila bertembung dengannya. Dia juga sahabat Nabi yang yang mulia dan dijamin syurga. Tetapi mengapa dia bertindak begitu? Tidak lain tidak bukan kerana dia menghargai isterinya dan menerima kelemahan yang ada pada isterinya. Pada suami di luar sana, anda bagaimana? Fikir-fikirkanlah.

    Apa jalan penyelesaiannya? Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah minda kita dengan seluas-luasnya agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara itu dengan lebih tenang, matang dan menurut pandangan akal yang berlandaskan Islam dan sunnah Nabi. Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai hal-hal yang remeh-temeh sehingga menjadikan minda kita tertutup rapat dan sentiasa menilai sesuatu perkara dan isu itu dengan nilaian yang negatif yang hanya bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dan nafsu yang sering memandu kita ke arah kejahatan yang akhirnya akan membinasakan diri kita sendiri. Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang telah Tuhan tentukan buat kita. Nasib anda beradadi tangan anda sendiri. Hanya anda yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.

    Selamat berubah kepada Kehidupan Baru

    Wallahua’lam

    Dipetik dari http://www.teratakmuslim.blogspot.com/

    Jangan Biarkan Hal Remeh-Temeh Merosakkan Hidup Anda

    Posted at  Tuesday, December 09, 2008  |  in  Faith  |  Read More»

    Thursday, December 04, 2008

    Chocolate or coklat....

    Daripada pembacaan aku..ade yang mengatakan coklat sebenarnye mengandungi sedikit drug....dan juga boleh hilangkan stress... boleh menambah berat badan...tambah jerawat and banyak lagi.. It might be true based on kajian or observation yang dibuat daripada jenis2 coklat dalam pasaran yang kebanyakannya mengandungi perisa tambahan, gula, lemak, susu and banyak lagi. Kalo nak di tgk daripada asal chocolate...ia dibuat daripada biji koko yang pahit dan di adun jadi makan yang sedap. Hujung minggu lepas aku ader tonton Oprah show ngan Dr Oz tu..dia ckp coklat tu bagus bila tak dicampurkan ngan dairy milk. Maknanya yang pekat dan pahit tu...uikkss...sedap ke kalo minum camtu... Tapi yang ada dalam pasaran kebanyakan coklat yang dah bercampur ngan high sugar and susu... sebab tu pemakan dan penggemar terpaksa menerima kesan negative daripada habit tu.... Walau ape pun pendapat...tepuk dada tnya selera....selagi tak memudaratkan dan melampaui batas...coklat memang perlu dinikmati ..

    Coklat or chocolate

    Posted at  Thursday, December 04, 2008  |  in    |  Read More»

    About-Privacy Policy-Contact us
    Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
    Proudly Powered by Blogger.
    back to top