Mencari makna dalam kehidupan ini. 25 tahun menempuh kehidupan di dunia yang fana. Akhir nanti padaNya aku pasti kembali. Aku menghitung detik untuk kembali kepadaNya; Tuhan Yang Maha Satu.
Cukuplah dengan kehidupan yang sederhana, cukup dengan apa yang ada. Pasti kita berusaha sedaya upaya untuk yang lebih baik; hari demi hari adakah diri ini menjadi lebih baik. Hanya aku yang tahu, menyedari kesilapan-kesilapan lalu untuk dijadikan pengajaran buat mengharungi hari-hari seterusnya. Syukur padaNya kerana aku masih dapat menikmati kehidupan ini, menyedari siapa diri ini.
Masa akan terus berlalu, tapi kenangan pasti menjengah di saat diri ini keseorangan. Teringatkan masa-masa dulu, teringatkan kisah-kisah lampau; ranjau, onak-duri, duka dan suka menempuh kehidupan yang tidak kekal ini.
Semoga yang Maha Kaya terus dengan kurniaNya yang tidak terhingga. Kerana semua yang ada, yang ku miliki, haqiqinya milik Yang Esa.

1 comments:
Post a Comment