• Featured

    Bekalan Makan Malam Semasa di Singapura

  • Featured

    Menu Malam Kedua di Singapura

  • Articles

    iPhone 6 Will Look Like

  • Articles

    Solar Powered UAVs To Replace Satellites

  • Wednesday, May 25, 2005

    Hujan turun mencurah-curah di bumi Pulau Mutiara. Dari petang semalam hingga ke pagi ini, hujan hanya berhenti sekejap-sekejap sahaja. Rahmat kepada bumi yang sebelum ini gersang, dilanda kemarau dan panas yang berpanjangan. Kini cuaca bertukar sejuk. Nyaman sekali ketika melelapkan mata.

    Namun bagiku tidur tidak perlu diendahkan sangat sekarang memandangkan perjuanganku yang masih jauh memerlukan aku mengorbankan masa-masa tidur yang diperlukan untuk berehat. Kini, tiga atau empat jam sudah mencukupi. Kalau kurang daripada itu, kepala akan pening-pening dan mata pula berpinar-pinar. Maka beberapa biji paracetamol perlu ditelan. Jadi aku tidak mahu mengambil risiko kesan sampingan daripada semua itu.

    Masih ada empat kertas ujian yang perlu ditamatkan.

    Windows 2003 Server Network infrastructure (28 May 2005), kertas MCSE 70-291 dan 70-293WIndows 2003 Active Directory (31 May 2005), kertas MCSE 70-294 dan 70-297Windows 2003 Security (11 Jun 2005), kertas MCSE 70-299

    Rasa-rasanya aku sekarang menjalankan satu misi 'mission impossible but not possible'. Jadual tiba-tiba berubah untuk mendapatkan peperiksaan ulangan percuma sebelum tamat bulan Mei. Andai aku gagal dalam empat kertas, maka aku masih punya peluang membuat peperiksaan ulangan secara percuma. Kalau lepas semua paper tersebut...yahooooooooo...tapi masih awal untuk menjerit sebegitu...

    extreme determination....that's all

    Cramming my brain

    Posted at  Wednesday, May 25, 2005  |  in    |  Read More»

    0 comments:

    Tuesday, May 24, 2005

    Sekian lama di rantau orang diri ini bagai lali. Lama tidak pulang ke kampung bertemu emak tersayang; hampir setengah tahun. Selain emak, ingatan terhadap seseorang yang yang 'istimewa' buatku jua sentiasa hadir. Tapi aku tidak tahu apakah dia jua begitu. Adakah dia sudi menanti diri ni??? Aku cuma ada kesetiaan untuk dipertaruhkan.

    Hidupku di perantauan ditemani rakan-rakan. Rakan-rakan adakalanya amat berharga jika dapat dijadikan sahabat. Namun syukur jua masih ada rakan-rakan di sisi, walaupun tak semua 'alim' dan baik, tapi mereka semua tetap berharga buat diri ini untuk mengajar erti kehidupan.
    Hari demi hari jejak langkah ku mengejar sesuatu yang belum pasti. Aku sentiasa merenung diri, setiap kesilapan perlu diperbetulkan, setiap kelemahan diperbaiki, moga diri yang daif ini dapat bersaing dan menempuh segala cabaran yang mendatang.

    Biar pahitnya dirasakan sekarang, jangan nanti bertemu Ilahi, diri ini dalam kesengsaraan yang amat dahsyat. Biar yang pahit mengajar hati ini erti ksesengsaraan, kepayahan dan moga dengan kepahitannya dapat membersihkan diri daripada dosa-dosa.

    Aku tetap yakin, kebahagian pasti menjelma setelah sengsara. Aku melihat diri ini penuh kelemahan, tiada yang istimewa apatah lagi ingin seperti putera kayangan, jauh sekali. Tiada apa yang ingin dibuktikan, aku hanya memandang kehadapan, moga potensi diri ini dapat digunakan untuk terus berjuang hingga ke akhir hayat.

    Jalan hidup ini

    Posted at  Tuesday, May 24, 2005  |  in  Current Affair  |  Read More»

    Friday, May 13, 2005

    Ramai orang yang sering resah dengan kehidupan, sering rasa susah dengan sedikit ujian...bagi saya cukuplah dengan firman ALLAH...saya lupa mafhumnya secara penuh..tapi yang abstrak daripada kalimahNya--Adakah patut kita kita mengaku beriman, sedangkan kita belum diuji...ibarat sebilah pisau, adakah kita boleh mengata tajam jika tidak dicuba memotong sesuatu yang liat, dan adakah ia mampu tajam sendiri, andai tidak diasah..itu cumalah perumpamaan mudah saja...
    Saya sentiasa menyakini, seorang yang banyak ranjau dalam hidupNya pada akhir hayat nnt dia akan kecap sesuatu yang amat bermakna...iaitu bahagia.
    Ahh..saya tidak mahu berhujah panjang kerana saya masih punya banyak tugasan kerja. Cukuplah ia sebagai mula bicara dalam blog ini.

    yang terindah cuma sementara, yang derita tidak selamanya..

    Posted at  Friday, May 13, 2005  |  in  Puitis  |  Read More»

    Ramai orang yang sering resah dengan kehidupan, sering rasa susah dengan sedikit ujian...bagi saya cukuplah dengan firman ALLAH...saya lupa mafhumnya secara penuh..tapi yang abstrak daripada kalimahNya--Adakah patut kita kita mengaku beriman, sedangkan kita belum diuji...ibarat sebilah pisau, adakah kita boleh mengata tajam jika tidak dicuba memotong sesuatu yang liat, dan adakah ia mampu tajam sendiri, andai tidak diasah..itu cumalah perumpamaan mudah saja...
    Saya sentiasa menyakini, seorang yang banyak ranjau dalam hidupNya pada akhir hayat nnt dia akan kecap sesuatu yang amat bermakna...iaitu bahagia.
    Ahh..saya tidak mahu berhujah panjang kerana saya masih punya banyak tugasan kerja. Cukuplah ia sebagai mula bicara dalam blog ini.

    0 comments:

    About-Privacy Policy-Contact us
    Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
    Proudly Powered by Blogger.
    back to top