2 Disember 1997
7.45pagi
- SEPAK TAKRAW -
Sepak takraw merupakan permainan yang paling kuminati. Dulu aku meminati badminton seterusnya bola sepak dan kini sepak takraw. Kini aku semakin fanatik kepada sepak takraw. Dalam badminton aku meminati Misbun Sidek, dalam bola sepak aku meminati Roberto Baggio manakala dalam sepak takraw aku meminati ramai personaliti dari Iskandar Arshad hinggalah ke Pakcik Samsudin dan Pakcik Piah.
Aku mula didedahkan kepada sepak takraw sejak berumur 10 tahun dan orang yang bertanggungjawab ialah Cikgu Idris. Semasa aku di tingkatan satu bakatku telah dicungkil oleh Cikgu Anis dan Abang Aji seterusnya aku diambil untuk mewakili pasukan bawah 15 tahun. Aku tak menyangka diambil mewakili pasukan sekolah kerana aku merasakan diri aku ini ttak berbakat dan tiada pengalaman untuk bermain untuk mana-mana pasukan. Aku bermain untuk pasukan sekolah hinggalah sekarang aku menyandang jawatan sebagai kapten sepak takraw sekolah.
Impianku adalah untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi tetapi hasratku masih tidak kesampaian. Aku bermain sebagai apit kanan/killer dan aku telah berusaha untuk menjadi apit kanan yang baik sejak dari tingkatan dua. Sekarang aku merasakan permainanku semakin meningkat. Libasan-libasan ku semakin sempurna di mana aku menggunakan teknik libasan "maniam". Lama sudah aku berlatih cara libasan sebegitu dan kni hampir mencapai tahap yang terbaik. Aku juga menggandakan latihan dalam teknik libasan "gulung" tetapi masih belum berjaya. Aku pasti akan berusaha dan mencuba untuk mencapai tahap seperti itu.
Apit kanan/killer yang diminati;
> iskandar Arshad
> Paisal Maihunla
> Zabidi Sharif
> Adnan Saidin
> Panuchit Kaewnoi
Impian besar sekarang adalah untuk menjadi pemain sepak takraw yang terkenal di samping berjaya dalam bidang-bidang lain yang diceburi.
Regu-regu terbaik dunia ketika ini;
Malaysia:
> Ahmad Jais Baharum
> Iskandar Arshad
> Iskandar Arshad @ Zabidi Sharif
> Suhaimi Abd Rahman
Thailand:
> Khampol Thassit @ Subsak Phuenseb
> Paisal Maihunla
> Kriengkrai Mutalai
> Panuchit Kaewnoi
0 comments:
Post a Comment