Wednesday, May 25, 2005

Cramming my brain

Posted at  Wednesday, May 25, 2005  |  in  

Hujan turun mencurah-curah di bumi Pulau Mutiara. Dari petang semalam hingga ke pagi ini, hujan hanya berhenti sekejap-sekejap sahaja. Rahmat kepada bumi yang sebelum ini gersang, dilanda kemarau dan panas yang berpanjangan. Kini cuaca bertukar sejuk. Nyaman sekali ketika melelapkan mata.

Namun bagiku tidur tidak perlu diendahkan sangat sekarang memandangkan perjuanganku yang masih jauh memerlukan aku mengorbankan masa-masa tidur yang diperlukan untuk berehat. Kini, tiga atau empat jam sudah mencukupi. Kalau kurang daripada itu, kepala akan pening-pening dan mata pula berpinar-pinar. Maka beberapa biji paracetamol perlu ditelan. Jadi aku tidak mahu mengambil risiko kesan sampingan daripada semua itu.

Masih ada empat kertas ujian yang perlu ditamatkan.

Windows 2003 Server Network infrastructure (28 May 2005), kertas MCSE 70-291 dan 70-293WIndows 2003 Active Directory (31 May 2005), kertas MCSE 70-294 dan 70-297Windows 2003 Security (11 Jun 2005), kertas MCSE 70-299

Rasa-rasanya aku sekarang menjalankan satu misi 'mission impossible but not possible'. Jadual tiba-tiba berubah untuk mendapatkan peperiksaan ulangan percuma sebelum tamat bulan Mei. Andai aku gagal dalam empat kertas, maka aku masih punya peluang membuat peperiksaan ulangan secara percuma. Kalau lepas semua paper tersebut...yahooooooooo...tapi masih awal untuk menjerit sebegitu...

extreme determination....that's all

Share this post

About Mohd Shafawi Sarbini

Penulis tetap blog ini. Pernah bercita-cita jadi penulis hebat. Jom follow Google+

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
Proudly Powered by Blogger.