1 Disember 1997
8.30 pagi
- dunia hari ini -
Dunia hari ini sedang mencapai satu tahap ketamadunan manusia yang dikatakakan tinggi. Namun yang mengurang sekarang ialah sifat-sifat kemanusiaan yang boleh diibaratkan sebagai flora dan fauna yang semakin pupus. Perhubungan sudah tiadan batasan, bangunan pencakar langit bak cendawan yang tumbuh selepas hujan dan persaingan antara negara-negara dunia ketiga mencapai kemajuan memang tidak dapat dielakkan. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia semakin menunjukkan taringnya. Mereka cuba memonopoli segala-galanya termasuk hak-hak beragama. Ini sudah melampau!!!
Permusuhan antara Islam dan Barat memang tidak dapat dikikis. Siapa yang tidak nampak setelah Barat secara terang-terangan membela Israel berkenaan isu hak-hak kependudukan dan pertempatan di Palestin. Inilah dolak-dalih Yahudi laknat yang ingin melihat Islam lupus dari muka bumi. Mustahil ini akan berlaku, pemimpin-pemimpin Islam pastinya tidak akan berdiam diri melihat maruah Islam tercalar. Lihat sahajalah Saddam Hussein yang berpendirian teguh mempertahankan negara Islamnya. Juga Ayatollah Khomeini dan juga pejuang-pejuang Afghanistan yang terang-terangan memperjuangkan Islam. Sepatutnya pemimpin-pemimpin negara Islam lain mencontohi mereka namun bukanlah menggunakan cara mereka tetapi sekurang-kurangnya keluarkanlah suara menaikkan maruah Islam.
Ini termasuklah Malaysia, Dr. M sepatutnya memberikan tumpuan walaupun sedikit dalam hal ini. Ini tidak, cakap-cakapnya mengenai agama semakin melalut dan baru-baru ini beliau mempertikaikan peranan ulama. Sepatutnya dialah yang menjadi pendorong kepada ulama untuk memartabatkan dan melaksanakan Islam tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Sekarang mata lebih tertumpu kepada timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dikatakan sebagai seorang yang agak menumpukan pimpinan ke arah Islamik, dan itulah yang diharap-harapkan. Namun baru-baru ini beliau mendapat tamparan hebat apabila ada pihak yang menuduh beliau terlibat dengan skandal seks dan macam-macam lagi. Begitulah lumrahnya pemimpin-pemimpin Islam memang seringkali didengki dan dicemburui.
Memang sudah takdir Islam akan sentiasa bermusuh dengan Yahudi. Baru-baru ini negara Yahudi laknat; Amerika Syarikat ingin menyiasat Petronas yang kononnya membuat urus niaga dengan Iran dan mereka juga menuduh penduduk Islam Malaysia anti-Yahudi. Memanglah anti-Yahudi, takkanlah mereka tak tahu Islam anti-Yahudi. Dengki mereka terhadap Malaysiatak sudah-sudah; baru-baru ini orang Yahudi laknat George Soros memanipulasi perdagangan wang merupakan salah satu bukti yang kita nampak secara terang-terangan.
Di Malaysia sekarang pengaruh Melayu semakin berkurangan, Cina semakn menunjukkan kukunya yang tajam. Anak-anak dan orang Melayu masih tidak menyedari keadaan ini. Anak-anak Melayu semakin leka dengan arus kemajuan yang dicipta, gejala sosial semakin mencengkam dan akhlak semakin pudar bak baju berwarna direndam dalam "Clorox". Baru-baru ini aku terbaca satu risalah di mana orang Cina terutamanya pembangkang sedang mengatur rancangan menguasai Malaysia. Kita perlu sedar mengenai hal ini dan perlu berusaha menyaingi mereka. Moga-moga rancangan mereka tidak berjaya dan berdoalah kepada Allah SWT. Aku juga mendengar berita bahawa Malaysia akan diserang selepas Sukan Komanwel di Kuala Lumpur tahun hadapan. Semoga ini semua adalah khabar angin belaka dan semoga Allah melindungi kita.
Sekarang gejala sosial dan keruntuhan akhlak semakin berleluasa dan amat sukar untuk ditangani. Belia-belia negara mudah terjebak dalam kancah pelacuran, dadah, kongsi gelap dan macam-macam lagi budaya-budaya negatif. Ini amat menyedihkan lagi kerana peratusan yang terliat memihak kepada anak-anak dan muda-mudi Melayu. Dahulu kita dijajah dan sekarang dijajah lagi dengan lebih teruk keranan penjajahan kali ini melibatkan penjajahan akal dan budaya. Belia mudah terpengaruh dengan yang negatif berbanding yang positif. Dengan ini, budaya ilmu, di kalagan belia sukar untuk berkembang. Banyak belia yang menganggur dan terlibat dengan gejala tidak sihat. Mereka sanggup menyeksa dan menzalimi diri sendiri. Astaghfiullah. Macam manalah negara nak maju dan mencapai Wawasan 2020 serta berkembangnya teknologi maklumat yang sering digembar-gemburkan Dr. M
Sewaktu negara dihimpit oleh pelbagai gejala, dari celah-celahnya muncul satu golongan yang memperjuangkan agama yang tercinta. Mereka ialah golongan artis yang mengembangkan dakwah Islamiah dengan nasyid kontemporari sebagai pemangkin. Antaranya adalah Raihan, Saujana, As-Soff dan sebagainya. Semoga usaha mereka untuk memartabatkan agama Allah ini berterusan. Diharap niat mereka itu ikhlas dan bukannya untuk mengejar populariti. Semoga usaha mereka diberkati Allah SWT.
Dalam pada itu, kampungku juga menghadapi masalah-masalah di atas. Ramai belia-belia yang sudah terjebak dengan rokok, dadah, arak, penzinaan dan sebagainya. Keadaan ini amat mengharukan aku. Dakwah ISlamiah sudah tidak lagi serancak dahulu, tiada lagi kedengaran budak-budak mengaji, azan, berzanji dan sebagainya. Kampungku kini dihimpit oleh kemajuan kerana sebuah jeti yang agak besar bakal dibina akan menjadi tumpuan kerana ada ura-ura mengatakan kawasan paya tersebut akan ditimbus dan dijadikan tempat peranginan. Aku tidak tahu apa akan terjadi jikalau itu menjadi kenyataan. Mungkin belia-belia akan semakin leka. Diharap mereka akan berubah ke arah yang lebih positif. Insya-Allah.
Pencemaran alam sekitar semakin berleluasa, banyak flora dan fauna pupus disebabkan pencemaran alam dan kejahilan manusia. Manusia semakin jahil untuk mengurus dan menjaga alam sekeliling. Mereka sepatutnya sedar akan impak yang bakal menimpa. Mereka terus membuat maksiat dan mementingkan diri sendiri sahaja. Tidak lama dahulu negara dikejutkan dengan ribut Greg di Sabah seterusnya penularan virus Coxsakie yang melanda kanak-kanak seterusnya jerebu dan yang terbaru adalah masalah ekonomi yang melibatkan kejatuhan nilai ringgit Malaysia. AKu berharap manusia kini sedar semua itu adalah bala yang diturunkan Allah SWT atas kemungkaran yang kita lakukan di muka bumi. Sama-samalah kita mentauhidkan diri kita kepada Allah SWT. Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment