Sesungguhnya harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah suatu nikmat yang terkandung di dalamnya ujian, mampukah manusia menerima ujian kesenangan dan kekayaan dunia. Ada manusia yang sabar menerima kesusahan dan kepayahan hidup, tidak kurang juga ada yang gagal apabila diuji dengan kesenangan.
Orang yang bersifat bakhil dengan rezki yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka, adalah diantara mereka yang kecundang. Sifat kecintaannya yang keterlaluan terhadap mata benda dunia menyebabkan mereka terlalu kikir atau genggam tak tiris. Kekayaan ada kalanya tidak memberi erti apa-apa terhadap pemiliknya, terutama ketika mereka ditimpa sakit yang kronik. Selera makannya tiada walaupun dia mampu mengadakan makanan yang beranika dan serba enak. Tambah malang lagi bila doktor mengenakan berbagai pantang larang, akhirnya walaupun lauk pauk yang lazat terhidang dihadapannya, ia hanya dapat melihat sahaja, kerana hampir kesemua yang lazat itu adalah pantang buatnya.
Andaikata orang itu sembuh dari sakit yang dihidapi, sakitnya menyebabkan ia telah kehilangan berbagai nikmat hidup itu, maka sewajarnya ia bersyukur atas kurnia Allah itu. Adalah aneh jika hartaya yang ada tidak dapat menyenangkan dan membahagiakan dirinya ketika ia sakit dulu, tetapi ia tetap kikir dan terlalu liat untuk menghulurkan bantuan setelah ia sihat.
Pernah diceritakan oleh Rasulullah tentang tiga orang yang mengidap penyakit sopak, rambut gugur dan buta mata. Setelah seorang tabib datang mengubat ketiga-tga lelaki yang sakit itu, maka sembuhlah sakitnya. Beberapa waktu kemudian orang yang telah sembuh dari sakit sopak itu telah didatangi oleh seorang peminta sedekah yang sakit sopak, sayangnya peminta sedekah yang sopak itu tidak mendapat sedekah walau satu dirham.
Selang beberapa ketika, lelaki yang telah sembuh dari sakit gugur rambut itu telah didatangi oleh peminta sedekah yang juga sakit gugur rambut, namun nasib peminta sedekah ini sama juga seperti peminta sedekah yang tadi
Sementara itu, lelaki yang telah dapat melihat semula setelah diubati oleh seorang tabib telah didatangi oleh seorang peminta sedekah yang buta, peminta sedekah ini agak baik kerana lelaki yang dapat melihat setelah buta sekian lama tetap bersyukur dengan kurnia Allah. Apatah lagi dengan kedua matanya dapat melihat alam, menyebabkan dia lebih mudah mencari rezeki.
Tetapi lelaki buta peminta sedekah itu tidak lagi memerlukan wang atau harta sedekah yang dimintanya tadi, kerana dia menyatakan bahawa sebenarnya dia adalah seorang malaikat yang datang kali kedua untuk menyamar sebagai manusia. Kali pertama dia menyamar sebagai tabib yang mengubati ketiga-tiga pesakit sopak, rambut gugur dan juga buta.
Menurut malaikat itu dia datang menemui ketiga manusia itu untuk menguji apakah ia tergolong orang yang bersyukur setelah sekian lama menghidap penyakit, lalu dia tahu hanya seorang saja yang tahu mensyukuri nikmat Allah lantaran itu ia tidak keberatan bersedekah karana dia tahu fadhilat sedekah, lebih-lebih lagi apabila dia tahu betapa sulitnya hidup sebagai seorang buta, apabila Allah SWT sembuhkan butanya , maka amat besarlah syukurnya terhadap Allah yang maha pengasih

0 comments:
Post a Comment