Friday, September 11, 2009

Balik Parit Selikur

Posted at  Friday, September 11, 2009  |  in  Diari Kehidupan

Sekarang kita berada di-10 hari terakhir di bulan Ramadhan 1430H. Puasa tahun ini sedikit berbeza bila kini aku sudah bergelar bapa. Namun hari-hari Ramadhan yang berlalu dilalui sendirian memandangkan isteri yang berpantang di kampung mertua. Rindu pada anak memang tidak terkata.

Setiap minggu aku pulang ke kampung mertua untuk melawat isteri dan anak. Dan setiap minggu adalah suatu perjalanan yang jauh bagi aku. Memandu ke sana ke mari, letih tidak terkata. Duit gaji bulan ini langsung aku tak simpan. Semua aku belanjakan untuk membeli beberapa keperluan isteri dan anak. Selebihnya untuk aku makan, duit minyak dan tol.

Beberapa minggu ini, aku ada berfikir untuk berubah kepada bisnes model yang lain dalam perniagaan aku. Sebenarnya tak berubah apa pun, cuma tukar teknik lain sikit. Supplier yang aku gunakan benar-benar mengecewakan kerana banyak barang yang tak sampai pada customer. Jadi aku buat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perniagaan dengan supplier tersebut.

Jadi raya ini memang tak ada duit lebih sikit berbanding bulan-bulan sebelum ini di mana aku perniagaan aku ada untung sikit. Pekerjaan sekarang memang tidak memberi aku erti kepuasan sebenar. Tiada kepuasan berkerja. Itu yang aku alami sekarang. Itu yang membuat aku selalu longlai. Bagi aku tak salah untuk meneroka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan yang baru. Bagi aku itu adalah penerokaan diri. Memuhasabah diri. Lebih-lebih lagi di bulan penuh rahmat ini, aku berusaha membawa diri aku berfikir dan menilai diri. Aku berfikir untuk membawa diri dan keluarga ke suatu tahap yang lebih baik.

Minggu ini aku balik ke kampung emak. Nak lihat apa-apa persiapan Aidilfitri yang diperlukan. InsyaAllah aku cuba memenuhi hajatnya. Apakah aku masih seorang yang pentingkan diri sendiri? Adakah aku insan yang tidak pernah berkorban untuk orang lain? Sampai di sini dulu nukilan kali ini.

Share this post

About Mohd Shafawi Sarbini

Penulis tetap blog ini. Pernah bercita-cita jadi penulis hebat. Jom follow Google+

1 comments:

tulip & eci said...

we proud to have u...

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
Proudly Powered by Blogger.