• Featured

    Bekalan Makan Malam Semasa di Singapura

  • Featured

    Menu Malam Kedua di Singapura

  • Articles

    iPhone 6 Will Look Like

  • Articles

    Solar Powered UAVs To Replace Satellites

  • Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
    Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

    Monday, June 21, 2010

    Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

    Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

    Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

    Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

    Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

    Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

    Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

    Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

    Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)

    Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

    Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

    Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...Marilah kita berMUHASABAHDimanakah solat kita?.Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?.Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
    Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?.Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain..

    Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

    Posted at  Monday, June 21, 2010  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Monday, March 15, 2010

    Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

    BIODATA RASULULLAH SAW

    • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
    Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
    Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
    • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
    • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
    • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).
    • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
    • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

    USIA 5 TAHUN

    • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
    untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

    USIA 6 TAHUN

    • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
    (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
    • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
    dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

    USIA 8 TAHUN

    • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
    • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

    USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

    • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
    perniagaan..
    • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
    (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
    pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
    itu.

    USIA 20 TAHUN

    • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
    jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
    14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
    berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
    • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
    pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

    USIA 25 TAHUN

    • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
    binti Khuwailid Al-Asadiyah.
    • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
    • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
    yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
    meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
    • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    USIA 35 TAHUN

    • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
    • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
    Makkah.
    • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
    tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
    batu tersebut.

    USIA 40 TAHUN

    • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
    akhir zaman.

    USIA 53 TAHUN

    • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
    Al-Siddiq.
    • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

    USIA 63 TAHUN

    • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
    Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

    § Khadijah Binti Khuwailid.
    § Saudah Binti Zam'ah.
    § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
    § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
    § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
    § Zainab Binti Jahsy.
    § Maimunah Binti Harith.
    § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

    1. Qasim
    2. Abdullah
    3.. Ibrahim
    4. Zainab
    5. Ruqaiyah
    6. Ummi Kalthum
    7. Fatimah Al-Zahra '

    ANAK TIRI RASULULLAH SAW

    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
    Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
    Khadijah adalah seorang janda).

    SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

    IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
    1. Thuwaibah 1. Hamzah
    2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

    SAUDARA SUSUAN
    1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
    2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
    3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
    4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
    (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

    1. Al-Harith
    2. Muqawwam
    3. Zubair
    4. Hamzah ***
    5. Al-Abbas ***
    6. Abu Talib
    7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
    8. Abdul Ka ' bah
    9. Hijl
    10. Dhirar
    11. Umaimah
    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
    13. Atiqah ##
    14. Arwa ##
    15. Umaimah
    16. Barrah
    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

    *** Sempat masuk Islam.
    ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

    Sabda Rasulullah SAW:
    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
    aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
    syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

    Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

    KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
    Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
    muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
    apa yang disampaikan oleh Baginda.

    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

    - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
    - Aku melihat cahaya dari lidahnya.
    - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
    terbit.
    - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
    - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
    - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
    - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
    - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
    - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
    - Wajahnya seperti bulan purnama.
    - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
    - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
    marah.
    - Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
    - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
    di bahagian sudut.
    - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
    pertama kali melihatnya.
    - Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
    - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
    - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
    - Janggutnya penuh dan tebal menawan.
    - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
    - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
    - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
    - Rambutnya sedikit ikal.
    - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
    bahu tapi disisir rapi.
    - Rambutnya terbelah di tengah.
    - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
    dari dada ke pusat.
    - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
    lebih drpd biasa.
    - Seimbang antara kedua bahunya.
    - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
    dan tersusun dgn cantik.
    - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
    - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
    - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
    - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
    - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
    putih.
    - Warna putihnya lebih banyak.
    - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
    - Warna kulitnya putih tapi sihat.
    - Kulitnya putih lagi bercahaya.
    - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
    - Badannya tidak gemuk.
    - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
    sederhana lagi kacak.
    - Perutnya tidak buncit.
    - Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
    baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

    KESIMPULANNYA :
    Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
    sepanjang zaman.
    Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

    NB:

    Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
    mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
    kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

    Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
    di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
    mengasihmu di akhirat kelak.

    Biodata Ringkas Rasullullah SAW

    Posted at  Monday, March 15, 2010  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Wednesday, February 10, 2010

    Dari Jabir bin Abdullah Al- Anshari ra. Dari Nabi SAW. Beliau bersabda :”

    1. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku , agar aku berbuat baik kepada tetangga, sehingga aku menyangka sesungguhnya tetangga itu sebagai ahli waris.
    2. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku, agar aku berbuat baik kepada ister-isteri, sehingga aku mengira bahawa ister-isteri itu haram diceraikan.
    3. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku, agar aku berbuat baik kepada hamba sahaya sehingga aku mengira bahawa hamba itu untuk di merdekakan.
    4. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku, agar aku melakukan siwak (menggosok gigi) sehingga aku menyangka bahawa bersiak itu hukumnya wajib.
    5. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku, agar aku solat berjamaah, sampai aku mengira bahawa Allah SWT hanya menerima solat berjamaah sahaja.
    6. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku agar aku mengerjakan solat tahajjud, sehengga aku mengira tidak ada tidur pada malam hari,
    7. Tidak henti-hentinya Jibril mewasiatkan kepada ku agar aku berzikir kepada Allah SWT, sehingga aku mengira tidak ada ucapan yang bermanfaat kecuali ucapan zikir kepada-Nya.

    Fikir-fikirkan dan ambil pengajarnnya. ( Rujukan Kitab Nashaihul- I’bad)

    7 Wasiat Jibril a.s

    Posted at  Wednesday, February 10, 2010  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Sunday, September 13, 2009

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (7/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (6/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (5/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (4/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (3/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (2/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (1/7)

    Posted at  Sunday, September 13, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    Thursday, September 10, 2009

    "Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

    "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

    Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

    SILAP ISTERI

    Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara.
    Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

    Wahai kaum wanita, aku lihat
    kamu ini lebih banyak di neraka".

    Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
    demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

    Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu

    yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

    1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
    2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

    Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
    Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

    YANG LEBIH, YANG KURANG

    " Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

    " Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

    " Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

    ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

    " Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

    Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri.
    Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

    Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

    Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

    Suatu Perjalanan

    Posted at  Thursday, September 10, 2009  |  in  Tazkirah  |  Read More»

    About-Privacy Policy-Contact us
    Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
    Proudly Powered by Blogger.
    back to top